Wednesday 22 June 2016

Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid (^_^)





Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid (^_^) 

Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid | Mungkin sebahagian pembaca dan kawan kawan ni dah tahu bahawa cik ira sudah dio sahkan sakit tiroid dari tahun 2002 lagik.. disahkan sebagai seorang pesakit hipertiroid. Selama itu juga cik ira sudah biasa melalui pelbagai episod ujian darah, keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sampingan disebabkan hipertiroid dan macam-macam lagi. 

Ketika mula menghidapi penyakit ini, cik ira sendiri tak faham keadaan diri cik ira yang ketika itu. Sering diejek ketika di sekolah kerana cengkung seperti seorang penagih dadah. Selera makan yang begitu tinggi juga menjadi bahan kutukan orang. Malahan cik ira cepat penat walau hanya melangkah beberapa tapak. cik ira dikatakan sebagai seorang perempuan lemah. 

Tuhan aje tahu betapa sukarnya berperang dengan perasan sendiri ketika itu. Nak jelaskan pada orang, cik ira sendiri tak faham kenapa jadi begitu. Sudahnya hanya menjeruk rasa. Orang yang tak alami tak akan faham penyakit ini sebab secara mata kasar pesakit hyperthyroid tidak kelihatan seperti seorang yang sedang sakit. Sebab tu ramai yang memperlekehkan kami. 

Menjalani kehidupan sebagai pesakit hipertiroid sebenarnya sukar jika tiada sokongan moral. Kami mengalami kesukaran untuk tidur, kekejangan otot dan banyak lagi. Penyakit ini juga mampu mencetuskan kepada penyakit lain seperti masalah jantung, osteoporosis, masalah penglihatan, penyakit kulit dan banyak lagi. Malah tanpa rawatan yang betul, ia mampu membawa kepada kematian. 

Kitaran haid yang tidak betul juga menyebabkan ada doktor pernah mengatakan bahawa peluang untuk cik ira memiliki zuriat sendiri adalah sangat tipis. Bayangkan betapa hancur hati ni ketika itu. 

Tapi ALLAH MAHA BERKUASA (^_^)

Post a Comment

0 comments:

 
Copyright 2015 Reserved to Cik Ira di sini. Design By Cik Nurfarah